Wednesday, March 17, 2010

Misteri Tasik Dayang Bunting

Salam buat pembaca sekalian,


Hari ini hari ke-3 aku di Pulau Lagenda Pulau Langkawi. Memang terasa kepenatan tapi masih mampu berjalan-jalan. Pagi ini aku meronda pulau atau dalam bahasa penjajah, Island Hopping ke Tasik Dayang Bunting. Inilah kali kedua aku naik bot yang kecik dan laju ini. Sebelum ini aku pernah naik untuk ke Taman Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu yang ada Pulau Manukan itu.

Siapakah ini?

Perjalanan menaiki bot mengmbil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke destinasi pertama Island Hopping ini iaitu Pulau Beras Basah. Pulau ini tak berpenghuni dan katanya sebelum ini terdapat chalet tetapi sudah ditutup operasinya.

Inilah kera yang perlu korang berjaga-jaga sebab 
dia mengepaw tanpa belas kasihan

Kera-kera disini nampaknya sudah biasa dengan kedatangan pelancong. Bagi mereka, inilah rezeki yang datang pada mereka. Pastinya korang berhati-hati dengannya kerana mereka pasti mengambil apa jua plastik tidak kira makanan ataupun minuman. Namun, memang enjoy dan kelakar dapat tengok kera ini.

Eagle Feeding di Pulau Singa Besar

Kemudian, bot kami ke Pulau Singa Besar di mana, pertunjuakan Eagle Feeding diadakan. Bot berhenti ditengah-tengag laut dan akan diletakkan kulit ayam ke dalam laut. Beratus-ratus ekor helang melayang di udara. Dengan ketajaman mata, ia terus menjunam dan mencari mangsanya iaitu kulit ayam. Menarik!


 Rupa seperti Dayang Bunting bukan?

Destinasi seterusnya dan terakhir adalah Tasik Dayang Bunting. Tempat ini memang terkenal dan popular di kalangan pelancong. Sebelum tiba di tasik, kami dibawa ke tempat di mana "dayang bunting" ini "bersemadi". Setiba di tempat itu, masyaallah, rupa bukit ini seperti perempuan yang sedang berbaring dan bunting!

Sememangnya korang pasti tahu mengenai Tasik Dayang Bunting ini. Bukit itu memang sebijik dengan orang. Cukup sifat dengan kepala, buah dada, tangan (macam orang mati yang diqiamkan), dam perut yang memboyot. Seperti dalam kisah sejarah tasik ini.

Tasik Dayang Bunting

 Last sekali, kami sampai di Tasik Dayang Bunting. Peliknya, tasik ini dikeliling laut tetapi tasik ini adalah air tawar dan tidak masin. Walhal pada hujung tasik ini bercantum dengan laut. Itulah keajaiban tuhan. Pintu tasik ini sememangnya ajaib dan itulah indahnya ciptaan tuhan.

Perjalanan dari jeti ke tasik tidak jauh hanya 200 meter dan kenalah menapak naik dan turun bukit sebelum sampai ke tasik. Terdapat jeti dan kolam itu budak-budak bermain air manakala orang dewasa pun boleh mandi tasik ini tetapi ada halangan supaya tidak terlepas semasa mandi. Kalau tak? Fikir-fikirkan kesannya.

Aku yang tak pandai berenang

Aku mandi atau tak? Hati sememangnya ingin mandi dan apalagi. Aku pun terus beli seluar pendek yang dijual dan terus terjun ke dalam tasik itu tanpa malu. "dussssssssssss", aku berenang dalam tasik yang dalamnya adalah 10 meter! Aku cuba mencari dasar tetapi tidak mampu.

 Tasik dan jetinya

Memang dalam dan kalau tak pandai berenang alamatnya boleh lemas. Tapi jika korang ingin mandi, bolehlah memakai life jacket yang boleh disewa. Memang seronok dan jika korang perasan semasa berenang seperti ada magnet yang menarik kita ke bawah. Mungkin perasaan aku kot.

Jika baca pada sejarah Tasik Dayang Bunting adalah seperti ini, 

Tasik Dayang Bunting pada asalnya terdapat seoramg perempuan dari kayangan turun ke Bumi dan berkahwin dengan orang Bumi. Semasa di Bumi, dia tinggal di tasik dan mengandung. Kemudian dia mati ketika melahirkan anak dan bersemadi di tasik ini. Suaminya kemudian bersumpah bahawa setiap perempuan yang tidak dapat mendapat zuriat bolehlah mandi di dalam tasik ini.

Itulah sejarahnya dan aku tidak pasti samada ia dongeng atau sebaliknya. Pastinya, memang bagi aku jika kroang tidak dapat zuriat boleh la mandi di sini. Bukan percaya, tapi kita berusaha. Yang pastinya zuriat dapat atau tak adalah rezeki daripada Allah swt.

Enjoy gambar-gambar yang tak seberapa iya.


Kalaulah aku ada kapal seperti ini..

Pulau-pulau tak berpenghuni

Pulau yang kecil
Memang menakjubkan!

p/s: jika korang belum pernah Island Hopping kat Pulau Dayang Bunting, pergilah. Tak rugi!
p/p/s: jangan lupa bawak seluar mandi untuk berenang di Tasik Dayang Bunting!

p/p/p/s: paling penting, bawalah kamera atau video cam untuk merakamkan aksi di sini terutama eagle feeding





5 comments:

  1. nice la pulau2 tuh..
    xpenah smpai..

    ReplyDelete
  2. bnayak lagi rupenye pulau yg cantik2 ni!

    ReplyDelete
  3. hehe.. baru je g. sab2 lepas..
    bes2..

    ReplyDelete
  4. Dekat dasar tasik tu Ada apa agaknya eh?

    ReplyDelete
  5. Betul la,i pon rasa sama...time mandi ni even pkai life jacket terasa sepertibditarik,terutama benta tebing tu...eee sram,(ingt me je rasa)
    Neway,pengalaman infah sgt!

    ReplyDelete