“Adalah menjadi harapan Jabatan Penjara Malaysia untuk melihat perjawatannya sentiasa maju dan berkemahiran dalam berbagai bidang. Sebagai Pasukan Khas yang beridentitikan “regimental” sudah pasti latihan seperti ini penting kerana ia mengutamakan kemahiran, disiplin yang tinggi, keseragaman dan keselamatan. Kursus ini dirangka bagi menanamkan keyakinan yang tinggi, semangat yang kental dan emosi yang kuat serta rasa tanggungjawab yang jitu kepada tugas dan tanggungjawab kepada jabatan.”. Petikan ucapan Y.Bhg.Datuk Wira Hj Zulkifli Omar sempena Majlis Tamat Latihan Kursus Trup Tindakan Cepat Jabatan Penjara Malaysia
Trup Tindakan Cepat adalah Komando Penjara macam Unit Tindakan Cepat (UTK) PDRM, Gerup Gerak Khas (GGK), Komando 69, Pasukan Khas Laut (Paskal) ditubuhkan bertujuan untuk menangani segala macam perkara yang berlaku di dalam mahupun di luar penjara termasuk rusuhan dan sebagainya.
Ditubuhkan pada tahun 2006 dengan 20 orang keahlian yang mana diketuai oleh KIP Yusli Yusof menjalani latihan selama tiga bulan di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) di Kem Sungai Udang, Melaka.
Kursus yang dijalani oleh TTC Penjara CQB – Tempur Jarak Dekat dimana peserta akan mempunyai kemahiran seperti tempur tanpa senjata, abselling/ repeling, menyelamat tebusan, teknik pengiringan rapat VIP, kemahiran senjatapi dan lain-lain. Dimajlis tersebut juga turut menyaksikan penyerahan Modul Latihan yang telah dibangunkan bersama konsultan yang dilantik iaitu Syarikat V69 Enterprise.



salam fahmi tolong attach kat saya sejarah komando penjara riez_corr@yahoo.com.my 012-5834270
ReplyDelete