Tempat paling best untuk melepak di waktu lapang. Banyak tempat-tempat yang menarik di Putrajaya ni. Korang tau tak ada berapa presint kat Putrajaya ni? Semuanya ada 20 dari Presint 1 yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri sampailah Presint 20 yang merupakan tanah perkuburan untuk semua agama iaitu perkuburan Islam, Buddha, Hindu dan Kristian terdapat di Presint 20 atau namanya Taman Selatan.
Oklah, nanti aku cerita lebih lanjut dan bawak korang dari satu presint ke presint yang lain. Aku akan tunjukkan keistimewaan dan tempat-tempat yang menarik yang korang boleh lawat. Memang best dan teruja. Sesetengah orang tak suka Putrajaya sebabnya senyap, sepi, tak ramai orang, shopping kompleks pun ada satu. Tapi bagi aku ini tempat yang paling best disebabkan oleh ketengangan yang menggegar jiwa.
Putrajaya ni sebenarnya terletak di Perang Besar daerah Sepang. Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) telah memberi ilham untuk membina satu Pusat Pentadbiran Negara selain dari Kuala Lumpur. KL kalau dilihat merupakan pusat perniagaan dan pusat hiburan ibukota. Tun Dr Mahathir ingin melihat pusat pentadbiran yang lebih berpusat atau centralised.
Selain itu, beliau mahu mewujudkan kawasan orang Melayu yang middle and high class. Kalau dilihat di KL hanya kawasan Melayu hanyalah seperti Kampung Baru, Kampung Pandan yang tidak dapat dibangunkan secara bersepadu. Kawasan yang ada standard seperti Taman Tun Dr. Ismail yang majoriti kawasan orang Melayu.
Apabila Putrajaya dibangunkan, dilihat pertumbuhan kawasan orang Melayu yang mempunyai standard setanding orang-orang bukan Melayu yang telah lama kaya raya. Di sini pada pandangan aku, Tun telah berjaya membawa orang Melayu ke satu tahap yang lebih baik. Dapat melihat orang Melayu mampun memiliki rumah yang besar dan mahal. Jika dahulu orang Melayu hanyalah dapat dilihat di kampung-kampung dan felda. Namun sekarang, keadaan sudah berubah.
Itulah sebab pemikiran Tun Dr. Mahathir adalah sangat berwawasan dan berlainan dengan pemimpin negara yang lain. Pemikiran beliau melebihi jangkaun masa yang lebih daripada apa yang kita fikir. Senang cerita, apa yang dia fikir memang tak terlintas dalam fikiran kita.
Oklah, kita jumpa di lain entri dan aku akan bawak korang jalan-jalan sekitar Putrajaya. Aku tak nak bercerita panjang mengenai Tun di dalam entri ini. Sekadar ingin membuat intro yang menarik. Aku akan buat pasal Tun di dalam entri yang lain. Kalau nak tengok Tun punya blog ada di sini, Chedet.
Sekian, selamat membaca!

putrajaya mmg cantek kan ?
ReplyDeleteTerpegun kejap :)